TIDAK CANGGUNG BAGI ASMA' BINTI YAZID
Di dalam slot sirah sohabiyyah kali pertama ini, suka saya bicarakan mengenai srikandi penghuni syurga iaitu Asma' Binti Yazid. Kalian pernah dengarkah nama tersebut.?Mari sama-sama kita terlusuri riwayat hidupnya dan sumbangan beliau.
Walhal ketika mereka keluar berjihad, kamilah yang menjaga harta mereka dan mengurus anak-anak mereka. Lalu adakah kami setaraf dengan mereka dalam pahala wahai Rasulullah."
Lalu menoleh kepada para sahabat dan berkata:" Adakah kalian pernah mendengar kata kata wanita yang bertanyakan agamanya lebih indah daripada ini?"
Kemudian Nabi berpaling menghadap semula kepadanya dan berkata : " Pulanglah, wahai Asma'. Beritahu para wanita belakangmu bahawa segala layanan baiknya terhadap suami, usahanya membuatkan suaminya suka serta menurut kemahuan suaminya, pahalanya menyamai semua amalan lelaki yang awak sebutkan tadi!"
Selepas itu, Asma' pun beredar sambil bertahlil dan bertakbir penuh kegembiraan ( Al-Isti'jab jil 4,hlm.1788)
Cerdas dan Cinta Ilmu.
Bersambung slot sterusnya
ASMA' BINTI YAZID
Nama lengkapnya adalah Asma’ binti Yazid bin Sakan bin Rafi’ bin Imri’il Qais bin Abdul Asyhal bin Haris al-Anshariyyah, al-Ausiyyah al-Asyhaliyah. Beliau adalah seorang ahli hadis yang mulia, seorang mujahidah yang agung, memiliki kecerdasan, warak , dan digelar sebagai “juru bicara wanita”.
BAIAH SYURGA
Di dalam riwayat, Nabi bersabda " tidak akan masuk neraka seorang pun yang berbaiah di bawah pokok!" ( riwayat Muslim). Manakala Allah berfirman yang bermaksud: Sungguh Allah telah reda terhadap orang yang beriman tatkala mereka berbaiah denganmu di bawah pokok." ( surah Al- Fath 48:18)
Setakat ini, sudah dua orang Muslimah yang terlibat dalam baitulridwan yang kita kenali ; Ummu Qais dan Ummu Salamah, ummulmukminin. Sekurang-kurangnya ada tiga orang lagi sahabiah yang turut serta dalam peristiwa tersebut iaitu:
1) Asma' binti Yazid bin Al Sakan
2) Kabsyah binti Rafi'
3) Furai'ah binti Malik bin Sinan.
Coretan mengenai Asma' binti Yazid bin Al Sakan :
- merupakan assabiqun al- awwalun dalam kalangan Ansar
- keluarga terhormat di Yathrib (satu keluarga dengan Saad bin Muaz, ketua kaun Aus)
- tokoh pergerakan wanita masyarakat Yathrib ketika itu.
- Setelah kewafatan Baginda, beliau menjaditokoh ilmu dan rujukan umat.
- sahabiah yang paling banyak meriwayatkan hadis Nabi
Realiti Kehidupan
Asma' binti Yazid merupakan orang yang terawal berbaiah dengan Nabi. Menurut Amru bin Qatadah: " Wanita yang terawal berbaiah dengan Nabi ialah ibunda Saad bin Muaz iaitu Kabsyah binti Rafi', Ummu Amir binti Yazid bin Al Sakan ( beliau; Asma') dan Hawa binti Yazid binti al Sakan." ( Tabaqat Ibn Saad, jil.8, hlm.12)
Bahkan dalan riwayat yang lain, beliau sendiri berkata," Aku orang pertama berbaiah dengan Nabi!" ( Tabaqat Ibn Saad, jil.8, hlm.12)
Baiah ialah ikrar setia kepada Nabi dalam segala arahan dan larangan Baginda. Ketika itu, semua orang yang memeluk islam akan datang menyatakan baiah di hadapan Nabi termasuk kanak-kanak. Rasulullah menerima baiah daripada lelaki dengan lafaz ikrar yang disertakan dengan berjabat tangan. manakala bagi wanita, cukup dengan lafaz sahaja.
Jurucakap wanita
Asma' binti Yazid bukan sembarang orang. Beliau dinobatkan sebagai pengkaji sirah sebagai khatib dan jurucakap pada zaman Nabi. Beliau tidak canggung untuk bercakap di hadapanNabi.
Di riwayatkan, beliau pergi menemui Rasulullah pada suatu hari. " Wahai Rasulullah, saya wakil utusan Muslimah . Mereka semua bersepakat dengan kata-kata dan pandangan saya ini; sunnguh Allah mengutusmu kepada lelaki dan wanita sekaligu.
Maka kami beriman denganmu dan mengikutimu, namun kami sekalian wanita ialah golongan yang kurang upaya, hanya duduk di rumah,menjadi tempat melepas nafsu lelaki dan pengandung anak-anak mereka. Dalam pada itu,kaum lelaki dilebihkan dengan Jumaat dan perhimpunan-perhimpunan lain, mereka boleh menghantar jenazah dan berjihad di jalan Allah.
Di riwayatkan, beliau pergi menemui Rasulullah pada suatu hari. " Wahai Rasulullah, saya wakil utusan Muslimah . Mereka semua bersepakat dengan kata-kata dan pandangan saya ini; sunnguh Allah mengutusmu kepada lelaki dan wanita sekaligu.
Maka kami beriman denganmu dan mengikutimu, namun kami sekalian wanita ialah golongan yang kurang upaya, hanya duduk di rumah,menjadi tempat melepas nafsu lelaki dan pengandung anak-anak mereka. Dalam pada itu,kaum lelaki dilebihkan dengan Jumaat dan perhimpunan-perhimpunan lain, mereka boleh menghantar jenazah dan berjihad di jalan Allah.
Walhal ketika mereka keluar berjihad, kamilah yang menjaga harta mereka dan mengurus anak-anak mereka. Lalu adakah kami setaraf dengan mereka dalam pahala wahai Rasulullah."
Lalu menoleh kepada para sahabat dan berkata:" Adakah kalian pernah mendengar kata kata wanita yang bertanyakan agamanya lebih indah daripada ini?"
Kemudian Nabi berpaling menghadap semula kepadanya dan berkata : " Pulanglah, wahai Asma'. Beritahu para wanita belakangmu bahawa segala layanan baiknya terhadap suami, usahanya membuatkan suaminya suka serta menurut kemahuan suaminya, pahalanya menyamai semua amalan lelaki yang awak sebutkan tadi!"
Selepas itu, Asma' pun beredar sambil bertahlil dan bertakbir penuh kegembiraan ( Al-Isti'jab jil 4,hlm.1788)
Cerdas dan Cinta Ilmu.
Bersambung slot sterusnya
Comments
Post a Comment