RUMAH BARU

12 CHECKLIST SEMASA MASUK RUMAH BARU (VACANT POSESSION)

1⃣ METER AIR - Sekiranya meter air telah dipasang, pasangkan semua air secara serentak dan lihat kepada tekanan air.

2⃣ TANDAS - Pastikan shower, kepala pili, saluran air, toilet bowl sinki dan sebagainya berfungsi dengan baik dan tiada kebocoran dan tersumbat.

3⃣ KEBOCORAN LANTAI TANDAS - Sekiranya terdapat tandas di tingkat atas, tutup sepenuhnya lubang aliran keluar, pasang air sehingga bertakung dan biarkannya selama seminggu. Lihat sekiranya terdapat kesan kebocoran.

4⃣ DAPUR - Pastikan pili air berfungsi dengan baik dan tiada kebocoran dan tersumbat pada sinki.

5⃣ TANGKI AIR - Biarkan tangki air diisi sehingga penuh dan pastikan tiada kebocoran atau kerosakan pelampung berlaku.

6⃣ ELEKTRIK - Hidupkan suis utama dan periksa soket-soket di dalam rumah. Periksa juga satu persatu setiap peralatan elektrik (sekiranya rumah sudah tersedia dengan lampu, kipas dan penghawa dingin dan sebagainya).

7⃣ TINGKAP DAN PINTU SLIDING - Periksa setiap tingkap di dalam rumah, cuba buka semaksimum yang mungkin atau terdapat keretakan cermin atau berbunyi apabila tingkap digerakkan. Pastikan kunci tingkap atau pintu sliding serapat yang mungkin dan kunci tersebut berfungsi. Cuba juga buka dan tutup tingkap berkali-kali tanpa sebarang masalah.

8⃣ PINTU KAYU - Periksa semua pintu di dalam rumah, adakah terdapat kerosakan pada pintu, cat yang tidak rata, tombol pintu dan kuncinya  boleh dikunci, keretakkkan pintu dan sebagainya. Pastikan buka dan tutup pintu berulang kali untuk tujuan pemeriksaan.

9⃣ KERETAKKAN - Periksa setiap dinding rumah sekiranya terdapat keretakkan. Kadang-kadang terdapat keretakan halus yang tidak nampak, anda perlu penglihatan yang tajam untuk memastikan keretakan.

🔟 CAT DINDING & SILING - Pastikan cat dinding dan siling adalah sekata dan tidak berbelang-belang.

1⃣1⃣ TANGGA - Sekiranya rumah bertingkat, pastikan periksa tangga dengan menggoyangkannya. Pastikan ianya kukuh dan tidak longgar.

1⃣2⃣ TILE - Ketuk tiles setiap persatu, dan tandakan sekiranya terdapat kelompangan. Pastikan juga tiada tile yang sumbing dan senget. Boleh ketuk menggunakan duit syiling atau pemutar skru untuk memastikan tiada kelompangan.

🔘 Ambil gambar setiap kerosakan
🔘 Catitkan nombor dan labelkan menggunakan sticker bagi setiap kerosakan
🔘 Hantar kepada pemaju untuk pembaikkan secepat yang mungkin.

**Kongsi atau tag rakan anda sekiranya bermanfaat.



Sumber : urusewa

Comments

Popular posts from this blog

ISTIQAMAH

KISAH WANITA SOLEHAH MENCABUT MATA DEMI AGAMA

SHEIKH JUNAID AL-BAGHDADI BELAJAR DENGAN ORANG GILA (BAHLUL)