Kepincangan Akhlak Kurangnya Pendidikan Agama

KEPINCANGAN AKHLAK KURANGNYA PENDIDIKAN AGAMA
Generasi dunia hari ini khususnya Malaysia mengalami suatu krisis yang amat menggugat kesejahteraan negara iaitu rosaknya akhlak dah sahsiah yang dilihat semakin kronik. Golongan remaja merupakan golongan pelopor yang mendominasi keruntuhan akhlak. Di dalam bidang pendidikan, guru-guru mengalami masalah untuk membentuk akhlak pelajar-pelajar. Murid-murid terdedah kepada gejala-gejala seperti ponteng dan melawan guru-guru, merokok dalam kawasan sekolah. Ini tidak termasuk masalah yang timbul di luar kawasan sekolah. Hanya mampu mengurut dada dan beristighfar panjang. Terkini, menurut Sinar Harian,Oktober 2017, tahun lepas, Cikgu Azizan Manap didakwa menampar murid yang sedang menghidu sejenis shabu. Nitizen mempersoal tindakan guru ini dan dan perlu mengikut SOP (Standard Operating System). Ini merupakan contoh bahawa runtuhnya akhlak remaja kini dan sekiranya tidak dibendung, nescaya akan memburukkan generasi akan datang.
Islam menggariskan bahawa Al Quran dan Al Sunnah merupakan kayu ukur kepada pembentukan akhlak. Semakin tinggi pemahaman seseorang mengenai agama, maka semakin tinggi nilai himmahnya (adab). Justeru, mari kita telusuri fasal pendidikan agama dalam pembentukan akhlak remaja. Islam menuntut penganut-penganutnya saling berseru dan berbuat kebaikan dan positif dan meninggalkan berbuat kejahatan dan negatif. ( surah an nahl ayat 90)
* ¨bÎ) ©!$# ããBù'tƒ ÉAôyèø9$$Î/ Ç`»|¡ômM}$#ur Ç!$tGƒÎ)ur ÏŒ 4n1öà)ø9$# 4sS÷Ztƒur Ç`tã Ïä!$t±ósxÿø9$# ̍x6YßJø9$#ur ÄÓøöt7ø9$#ur 4 öNä3ÝàÏètƒ öNà6¯=yès9 šcr㍩.xs? ÇÒÉÈ  
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.


Kehidupan bersyariat masyarakat remaja sekarang makin rapuh dengan kepelbagaian faktor. Ini jelas dapat diperhatikan remaja kini lalai menunaikan kewajipan kepada Allah. Mereka lebih suka untuk menunaikan keinginan mereka sahaja. Jangankan membaca Al Quran , solat pun entah kemana. Statistik yang dikeluarakan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah Selangor hanya 23.45% murid yang solat lima waktu dan mengaji Al Quran. Bagaimana bisa remaja sekarang memahami lebih tentang agama, di sekolah umum sekarang mata pelajaran agama hanya enam masa iaitu tiga jam dalam seminggu iaitu 3 masa ( satu setengah jam) untuk Al Quran, 2 masa ( satu jam ) untuk bidang ulum dan satu masa untuk jawi. Jika difikirkan cukupkah masa yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi murid-murid muslim bagi mendepani cabaran gejala-gejala sosial yang merebak dan menular sekarang.? Ini perkara yang perlu dirunsingkan kerana melibatkan generasi akan datang. Nilai harga remaja amat tinggi dan berharga, jika tidak masakan , Saidina Ali Radiallahuanh berani menyatakan;

 “Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”

Pendidikan agama perlu ditanam sejak awal lagi seawal usia kanak-kanak, agar kelak manusia itu mempunyai suatu pemahaman yang baik terhadap agama. Maka, tugas ini tidak lain tidak bukan, adalah tanggungjawab ibu bapa. Benar, tugas ibu bapa bukan sekadar membesarnya sahaja, tapi mesti mencorakkan dengan corakan dan didikan Islam. Rasulullah SAW bersabda :

Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya”
Kini, fenomena alam duniawi yang mana ibu bapa bermati-matian, berhempas pulas mengerah keringat bekerja siang dan malam bekerja tanpa meluangkan sedikit masa bersama dengan keluarga. Alasan mereka tetap sama “ Aku sibuk bekerja untuk keluarga” Cuba fikir sejenak, kadangkala kita terlalu mengutamakan bekerja menumpukan hal rumahtangga sendiri, dan rentetan dari itu, mula berlaku isteri curang, anak derhaka dan buat masalah serta suami yang dayus. Datang di bilik kaunseling, anak murid mengadu masalah dan meminta untuk selesaikan masalah, tetapi apabila ditanya, jawapan sering dengar adalah " ayah dan ibu sibuk tak sempat hendak itu dan ini. Terharu betul dengan sikap ibu bapa yang katanya ‘workaholic’ yang salah diertikan.
 Oleh itu, sebagai penutup makalah saya pada kali ini, apa kata kita kembali kepada gaya pendidikan fitrah iaitu pendidikan agam Islam sedari kecil lagi. Sudah- sudahlah melepaskan tanggungjawab ini kepada pihak lain. Katakan ini tugas kita, Teruskan teknik- teknik dan langkah-langkah tenaga pengajar, ibu bapa, badan kerajaan dan NGO yang memastikan pendidikan agama ini terus dididik pada setiap lapisan generasi agar mudah-mudahan zahirnya akhlak yang terpuji. Sesungguhnya akhlak yang buruk merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.

Sekian, terima kasih
















.         



Comments

Popular posts from this blog

ISTIQAMAH

KISAH WANITA SOLEHAH MENCABUT MATA DEMI AGAMA

SHEIKH JUNAID AL-BAGHDADI BELAJAR DENGAN ORANG GILA (BAHLUL)