KESAN PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN BAGI KANAK-KANAK

Tolong Kurangkan Gula ( sugar ) Pada Anak-anak Kita

Zaman sekarang ni penyakit dasyat yang dulunya majoriti yang kena adalah orang dewasa tapi sekarang ramai pulak kena dekat anak-anak kita yang masih kecil

Salah satu penyebab penyakit ni semua semua adalah terlebih gula pada anak :

- Kencing manis ( type 2 diabetes )
- Obesiti
- Tekanan Darah tinggi
- Penyakit jantung


Ibu ayah, tolong berhenti bagi anak makan makanan ringan kerana boleh menyebabkan otak mengecil dan ganggu kepintaran mereka! Tanpa sedar, niat kita bagi anak makan makanan ringan seperti gula-gula, coklat, keropok dan sebagainya untuk gembirakan mereka boleh menjadi racun kepada diri mereka sendiri.
Perkongsian dari Dr. Rizal Abu Bakar, Pensyarah di UNIMAS yang juga Pengasas Otak Cerdik Otak Cerdas (OCOC) yang banyak buat kajian tentang otak manusia ini patut diberi PERHATIAN oleh semua ibu bapa demi kebaikan dan kesihatan anak anda.



MAKANAN RINGAN DAN OTAK
Usai solat jumaat hari ini saya mengambil jalan lain dari kebiasaan. Laluan ini perlu melintasi sekolah. Kelihatan di kiri kanan sekolah penuh dengan pondok-pondok segera serta penjaja bergerak menjual makanan ringan.
Pondok-pondok yang uzur dan penjaja bergerak ini menjadi tumpuan pelajar-pelajar sekolah. Kelihatan di dalam dan bahagian depannya bergantungan makanan ringan pelbagai jenis dan jenama.
Di dalam kantin pun makanan yang hampir sama disajikan. Bagi penjual, ianya adalah hasil berganda. Bagi pelajar ianya menjanjikan nikmat segera.
Saya selalu berpesan pada anak-anak untuk hindari dari mengambil makanan ringan. Tiada khasiat. Penuh dengan lemak, rasa masin dan manis.
Penuh kalori.

Saya lanjutkan perkhabaran keburukan makanan ringan dengan mengatakan pada mereka makanan ringan boleh menyebabkan otak mengecil. Ya! Otak boleh mengecil.
Ramai yang sayangkan anak-anak tapi ramai juga tidak sedar bahawa mereka menjadi peracun bersiri pada otak anak-anak.
Maksudnya? Merekalah menjadi tukang beli racun-racun ini dan menyuapkan ke mulut anak-anak.
Kenapa begitu? Makanan ringan yang kita beli atau benarkan anak-anak mengambilnya menjadi penyebab kepada tempat takungan memori di dalam otak yang bernama hippocampus mengecil.
Patutlah susah belajar
Hippocampus adalah pusat pembelajaran perkara-perkara baru di dalam otak.
Kalau tempat takungan memori mengecil, otak keseluruhannya mengecil, hantarlah ke mana-mana pusat tusiyen atau seminar untuk memandaikan dan mematangkan anak-anak, nescaya ianya hanya sia-sia

Kita juga mengeluh kenapa anak tidak pandai. Habis semua seminar dijajah. Semua pusat tuisyen tersohor di singgah tapi anak-anak masih tidak berubah.
Jadi, bagaimana mahu mengatasi perkara ini? Jalan ringkasnya ialah:
1. Jauhi makanan dan minuman ringan.
2. Perhati dan teliti apa yang anak-anak makan.
3. Bekalkan maklumat makanan alternatif yang sihat untuk otak pada anak-anak.
4. Sediakan makanan alternatif yang sihat untuk otak kepada anak-anak.
5. Kita juga perlu tukar kepada makanan yang sihat untuk otak.
Kalau sayangkan anak, jaga otak mereka. Anak-anak yang mengambil makanan ringan 50% lebih tinggi terdedah kepada penyakit mental seperti, kemurungan, skizophrenia, Attention Deficit Hyper Disorder (ADHD) dan Kecelaruan Bipolar.
Oleh itu jauhkanlah anak-anak dari makan makanan ringan.

Comments

Popular posts from this blog

ISTIQAMAH

KISAH WANITA SOLEHAH MENCABUT MATA DEMI AGAMA

SHEIKH JUNAID AL-BAGHDADI BELAJAR DENGAN ORANG GILA (BAHLUL)