KISAH WANITA SOLEHAH MENCABUT MATA DEMI AGAMA
KISAH WANITA
SOLEHAH MENCABUT MATA DEMI AGAMA
===============================
Pada saat artikel
ini ditulis, viral seorang artis tanah air , Neolofa telah memakai purdah dan
menjadi bualan para nitizen. Ramai yang memberikan komen yang positif dan ada juga
yang memberikan kecaman negatif.
Walau apa-apapun,
perkara yang baik haruslah disokong, dan saya teringat pula tentang satu kisah
dimana seorang wanita solehah mencabut sepasang MATA cantiknya demi
agama.
Kisahnya berlaku
kepada imam besar, wali Allah Hasan Al-Basri Qaddas Allah sirrahu ketika zaman
mudanya, beliau memiliki rupa yang amat tampan. Beliau sangat
suka memakai pakaian yang bagus-bagus dan suka berjalan disekitar kota Basrah.
Pada suatu hari, sedang berjalan-jalan dia melihat seorang wanita
berpurdah. Mata wanita itu sangat cantik dan menarik perhatiannya.
Lalu dia mengikuti gadis itu dari belakang.
Wanita itu yang baru menyedari
diikuti lalu menoleh ke belakang lalu berkata,
“Wahai orang muda, apakah kamu
tidak malu?”
“Kepada siapa aku harus malu?”
Tanya Hasan Basri kembali.
“Malulah kepada Allah s.w.t Yang
Maha Mengetahui mata yang berkhianat dan mengetahui apa sahaja yang ada dalam
hati” jawab wanita cantik itu.
Hasan Basri semakin tertarik
kepada wanita tersebut dan timbullah rasa cinta dalam hatinya serta tidak dapat
menahan nafsu. Lalu dia terus sahaja mengikuti wanita tersebut berjalan.
Melihat dia terus diekori, wanita
itu berkata lagi, “Mengapa kamu terus mengikutiku?”
Hasan Basri berkata,”Sebenarnya
aku terpesona dengan matamu yang cantik itu.”
Mendengar jawapan itu wanita ini
berkata, “Baiklah, kerana kamu menyukai mataku ini,tunggu sebentar disini. Aku
akan beri apa yang kamu inginkan”. Kemudian dia berlalu pergi.
Hasan Basri sangat gembira dan
menunggu-nunggu kedatangan wanita tersebut.
Tidak lama kemudian, datanglah
seorang pembantu menghampiri Hasan Basri dan menyerahkan sebuah kotak yang
tertutup rapat. Lalu hasan Basri membuka kotak tersebut. Betapa terkejutnya
Hasan Basri melihat isi kotak tersebut ternyata sepasang biji mata!
“Tuan puteriku berkata dia tidak
memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang seperti tuan”, kata
pembantu itu.
Gementarlah seluruh tubuh Hasan
basri dan berdiri bulu romanya saat mendengar kata-kata pembantu itu, lalu
iapun memegang jantungnya sendiri dan berbisik, “Celaka betul kamu ini, sudah
berjanggut tapi tak punya rasa malu!”
Setelah menyedari kesalahannya
itu, maka dia pulang ke rumah dan menangis semalaman kerana menyesali segala
perbuatannya itu. Keesokan hari Hasan Basri pergi ke rumah wanita itu untuk
meminta maaf. Tetapi ketika sampai dia mendengar suara wanita-wanita menangis,
dan bertanya apa yang terjadi. Dan diberitahu bahawa ada yang meninggal kerana
mencongkel kedua matanya.
Hasan Basri kembali ke rumah dan
menangis selama 3 hari 3 malam dan menyesali segala perbuatan dan kelemahan
imannya. Dia bertaubat kepada Allah untuk tidak lagi menjadi lelaki yang tidak
sopan.
Pada malam yang ke-3, Hasan Basri
bermimpi bertemu dengan wanita tersebut, dan melihat wanita itu telah berada di
syurga. Lalu Hasan Basri berkata,”wahai wanita solehah, maafkan kesalahanku
terhadapmu” Wanita itu menjawab,”sebetulnya aku telah memaafkan kamu sejak dulu
dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah s.w.t disebabkan kamu.”
Setelah Hasan Basri mendengar
pengakuan dari wanita itu, dia memohon nasihat yang baik.
“Dengarlah nasihatku ini; Apabila
kamu sendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah s.w.t setiap pagi dan
petang, mohon ampun dan bertaubatlah kepadanya.
Akhirnya Hasan Basri melaksanakan
segala nasihat wanita itu, sehingga dia mashur dengan ketaqwaannya dan
ketaatannya kepada Allah serta mendapat darjat yang mulia di sisi Allah serta
menjadi wali kekasih Allah.
Wallahualam
Comments
Post a Comment