Posts

Showing posts from March, 2018

takaful penting ke..?

Saya ada kongsikan tentang isu dan persoalan bertajuk "hibah takaful untuk membayar hutang?" di FB. Ini antaranya.  Hibah takaful dapat selesaikan hutang (2)? Ini ialah sambungan posting terdahulu dengan tajuk sama. Boleh rujuk posting pagi tadi untuk lebih detail dan diskusi di ruang komen.  FAKTA KES; Fathah (bukan nama sebenar) meninggal dunia dan meninggalkan waris; - Isteri (Faruza, bukan nama sebenar) - 3 orang anak perempuan  - Ayah - Ibu - Adik-beradik (tiada detail) Aset dan liabiliti yang ditinggalkan; - 2 buah rumah - 2 buah kereta  - Tunai RM100,000 Nota: Semua rumah dan kereta bernilai RM1,000,000 serta masih mempunyai baki hutang bank RM500,000 & tiada cagaran takaful.  Arwah Fathah turut menyediakan hibah takaful RM500,000 atas nama isterinya, Faruza dengan pesanan untuk membayar hutang-piutang.  APA SOLUSI YANG BOLEH DICADANGKAN KEPADA FARUZA? Jika saya dilantik sebagai penasihat Faruza, saya katakan begin...

CARA AJAR ANAK BERCAKAP

MERANGSANG PERCAKAPAN DARI SELEPAS LAHIR "Saya tak pernah ajar anak saya bunyi binatang, kalau nampak kucing cakap "kucing" bukan meow meow" Teringat saya ada seorang ibu yang mempunyai anak lewat bercakap (speech delay) dengan bangga dan yakin kata begitu. Saya cuma mampu membebel dalam hati sahaja 😁 Mak ayah perlu ingat, setiap skil yang dipelajari anak ada tahapnya, sama juga macam skil motor kasar mula-mula meniarap, merangkak, duduk, berdiri, selepas itu baru berjalan. Dalam skil bahasa pun sama, bukan tiba-tiba anak akan pandai cakap 'kucing", "mama", atau "papa". Jika kita terus ajar perkataan yang complex, kadang-kadang ia terlampau susah untuk anak belajar terutamanya anak yang mengalami lewat bercakap. Umpama umur 7 tahun diajar subjek darjah 6. Untuk anak bawah setahun, saya pecahkan kepada 3 tahap umur. Pastikan anak belajar mengikut tahap, TAHAP 1 (0 HINGGA 3 BULAN) 1. Senyum 2. Buat bunyi "aaaa", ...

GIGI GERAHAM SULUNG

Ramaikan yang tak tau pasal gigi geraham sulung? Banyak yang post pasal geraham bongsu, sian geraham sulung tak de yang amik kisah dan selalu diabaikan . Geraham sulung tumbuh paling awal, umur 6 tahun dah tumbuh dah. Paling sedey gigi geraham sulung ni selalu jadi "mangsa" . Gigi kekal paling cepat rosak dan gigi kekal yang selalu kena cabut paling awal sebab dah reput dan dah tinggal tunggul . Nape jadi macam tu? Sebab mak ayah tak perasan gigi sulung ni dah tumbuh. Ramai sangka, kalau gigi kekal tumbuh mesti kena ada gigi susu tercabut . Tapi, gigi geraham sulung tak ada gigi susu, gigi geraham kekal pertama ni nama pun sulung, tak ada gigi susu sebelum dia. Dia tumbuh tanpa disangka . Ada cara kalau nak elak gigi geraham pertama dari rosak. Pertama kena bawa anak ke dental clinic setiap 6 bulan, dah tentu wajib untuk monitor kebersihan mulut dan gigi . Kedua buat FISSURE SEALANT pada gigi geraham pertama supaya, "lekuk-lekuk" atau dipanggil groove pada gigi ...

KESAN PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN BAGI KANAK-KANAK

Image
Tolong Kurangkan Gula ( sugar ) Pada Anak-anak Kita Zaman sekarang ni penyakit dasyat yang dulunya majoriti yang kena adalah orang dewasa tapi sekarang ramai pulak kena dekat anak-anak kita yang masih kecil Salah satu penyebab penyakit ni semua semua adalah terlebih gula pada anak : - Kencing manis ( type 2 diabetes ) - Obesiti - Tekanan Darah tinggi - Penyakit jantung Ibu ayah, tolong berhenti bagi anak makan makanan ringan kerana boleh menyebabkan otak mengecil dan ganggu kepintaran mereka! Tanpa sedar, niat kita bagi anak makan makanan ringan seperti gula-gula, coklat, keropok dan sebagainya untuk gembirakan mereka boleh menjadi racun kepada diri mereka sendiri. Perkongsian dari Dr. Rizal Abu Bakar, Pensyarah di UNIMAS yang juga Pengasas Otak Cerdik Otak Cerdas (OCOC) yang banyak buat kajian tentang otak manusia ini patut diberi PERHATIAN oleh semua ibu bapa demi kebaikan dan kesihatan anak anda. MAKANAN RINGAN DAN OTAK Usai solat juma...

Walker BAIK atau BURUK

Image
Penggunaan baby walker Mmg dah jadi kebiasaan dan norm dikalangan masyarakat kita menggunakan walker. Utk anak lekas jalan. Untuk mudah nak buat kerja. And believe me ni bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia. Tapi apakah hakikat sebenar di sebalik penggunaan walker ni? For your info, saya sendiri penah letak anak dalam walker. Anak sulong. Seawal 5 bulan. Masa tu belum belajar lagi pasal keburukan walker. Seriously saya nampak kesan dia pada anak bujang saya. Dengan mata physio saya, sangat sakit tapi benda dah lepas. So kita perbaiki kelemahan je. Lets get back to the topic kita sentuh aspek keselamatan kemudian. Sebagai seorang physiotherapist yang specialised dalam perkembangan bayi dan kanak2 saya prefer utk lihat dari aspek perkembangan. Pertama, ramai letak dalam walker supaya anak cepat jalan. Anak tak merangkak..terus jalan... bangga sebab rasa anak advance. Tapi sebenarnya satu kerugian besar bila anak tak merangkak secukupnya. Merangkak ni bukan saja menguat...

TURKI UTHMANIYAH VS TIGA ABDUL

Image
TURKI UTHMANIYAH VS TIGA ABDUL Asal usul kisah Tiga Abdul yang dikatakan “Cerita Dongeng orang tua-tua” sebenarnya memiliki rahsia di dalam setiap watak dan jalan ceritanya. Disebalik penceritaan dan mainan watak-watak putih dan Hitam, kesemuanya mengandungi peranan dan pengajaran yang harus dicungkil dan diteliti akan maksudnya. Penceritaan kisah Tiga Abdul sebenarnya mengimbas kembali kekhalifahan Turki Uthmaniyah yang pernah menaungi umat islam sebelum dunia islam dijajah. Allahyarham Tan Sri P.Ramle telah berjaya membuat Filem Tasawuf yang dikiaskan dengan dijenakakan agar masyarakat akan sentiasa mengigati setiap kata-kata dan jalan ceritanya. Kisah “cerita dongeng orang tua-tua” ini sebenarnya memiliki rahsia di dalam rahsia. Kisah Tiga Abdul adalah sebuah kiasan kepada Turki Besar dan Turki Kecil. Pencerita kisah Tiga Abdul dari “cerita dongeng orang tua-tua” ialah Allahyarham S.Samsudin Al-Haj. Ianya sengaja dikiaskan demi melindungi peranan Turki Kecil pada masa akan ...

TIPU

Image
Tabiat Menipu Soalan :   Assalammualaikum. S oalan saya bergini. Apakah hukumnya seseorang itu MENIPU sedangkan dia tahu menipu itu adalah berdosa dan masihkah ada pengampunan untuk beliau? Jawapan :        Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat".  (Riwayat Bukhari dan Muslim).             Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam hatinya....

ISTIQAMAH

Image
Maksud 'Istiqomah' Soalan :   Apakah yang dimaksudkan dengan istiqomah? Saya harap agar tuan dapat terangkan jenis istiqomah dan bagimana caranya hendak melakukan istiqomah? Jawapan :   Istiqomah ertinya teguh hati, tetap pendirian. Walaupun tidak semua orang mampu bersikap istiqomah ini namun melaksanakan Islam untuk memperoleh hikmah secara mendalam sangat memerlukan sikap istiqomah. Istiqomah juga mengandungi erti kemantapan tetapi tidak bererti tidak boleh bergerak atau maju. Umpamanya semakin tinggi teknologi sebuah kereta semakin mampu ia bergerak dengan cepat tanpa gegaran. Maka disebut kereta itu memiliki istiqomah atau kekuatan. Kereta itu mantap dan tidak bergegar bukan ketika ia berhenti tetapi ketika ia bergerak laju. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus (istiqomah) di atas jalan itu (agama Islam) benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar atau rezeki yang banyak".  (Al Jin 16...

RUMAH BARU

Image
12 CHECKLIST SEMASA MASUK RUMAH BARU (VACANT POSESSION) 1⃣ METER AIR - Sekiranya meter air telah dipasang, pasangkan semua air secara serentak dan lihat kepada tekanan air. 2⃣ TANDAS - Pastikan shower, kepala pili, saluran air, toilet bowl sinki dan sebagainya berfungsi dengan baik dan tiada kebocoran dan tersumbat. 3⃣ KEBOCORAN LANTAI TANDAS - Sekiranya terdapat tandas di tingkat atas, tutup sepenuhnya lubang aliran keluar, pasang air sehingga bertakung dan biarkannya selama seminggu. Lihat sekiranya terdapat kesan kebocoran. 4⃣ DAPUR - Pastikan pili air berfungsi dengan baik dan tiada kebocoran dan tersumbat pada sinki. 5⃣ TANGKI AIR - Biarkan tangki air diisi sehingga penuh dan pastikan tiada kebocoran atau kerosakan pelampung berlaku. 6⃣ ELEKTRIK - Hidupkan suis utama dan periksa soket-soket di dalam rumah. Periksa juga satu persatu setiap peralatan elektrik (sekiranya rumah sudah tersedia dengan lampu, kipas dan penghawa dingin dan sebagainya). 7⃣ TINGKAP DAN PINTU ...

WAHABI

Image
http://gusdayat.com/wp-content/uploads/2008/11/Terjemahan-ConfessionsOf-ABritishSpy..pdf TUJUAN YAHUDI MENCIPTAKAN WAHABI, DAN KEJAHATAN-KEJAHATAN WAHABI Yahudi adalah bangsa Israel yang sangat benci kepada Tuhan Nabi Muhammad SAW hanya karena Nabi akhir zaman itu bukanlah lagi dari Bani israel. Mereka bangsa yang terlalu keras asobiahnya, sehingga mereka sanggup bermusuh dengan Tuhan. Sebab itu mereka cetuskan Ajaran anti Tuhan- anti Islam, sekularisme dan menyebarkannya ke seluruh dunia. Yahudi juga dikenali sebagai Zionis. Gerakan ini pada awalnya di susun rapi setelah Theodore Herl (pengasas organissasi yahudi internasional) menulis buku "Negara Yahudi" pada 1896. Konsep ZIONISME yang menganggap kaum yahudi adalah bangsa terpilih menjadi kuasa terunggul untuk memerintah dunia ini.  Memerintah dunia ini dari bukit Zion atau sion di jarussalem sebagai pusat pemerintah yahudi.  Disinilah terletaknya masjidil Aqsa yang telah wujud sejak zaman Nabi Ibrahim ...

KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

Image
Salah satu Teori Khilaf dikalangan Ilmuan Islam *TEORI KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA DAN TANAH MELAYU  Anak panah merah mewakili pergerakan para sahabat r.hum ke China bermula dari Madinah,Yaman,Gujerat,Bengal, Chittagong,Acheh,Melaka.Wilayah nusantara ini didiami oleh rumpun bangsa Melayu (Jawi).Saat ini terdapat sekitar setengah Bilion penduduk yang mendiami wilayah ini. Dengan penduduk seramai 350 juta orang,dan diantaranya beragama Islam,ianya menjadikan rumpun bangsa Melayu adalah bangsa Muslim terbesar di dunia,bahkan lebih besar jika dibandingkan dengan seluruh bangsa Arab yang merupakan bangsa pertama menjadi bangsa Muslim pertama.Ianya merupakan satu fenomena yang tidak ada pada bangsa lain dalam dunia ini. Tentang dakwaan yang mengatakan terdapat puluhan kubur sahabat di nusantara, ini tidak boleh dinafikan tetapi tidak dapat dibuktikan.Hujah dan dakwaan untuk menyokong akan kemungkinan wujudnya para sahabat yang syahid/meninggal dunia dan dimaqamkan di nusantara...

Terusan Suez

Image
Terusan Suez Idea Umar Bin Khathab Terusan Suez  ( bahasa Arab : قناة السويس) (Qanā al-Suways), merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di dunia di antara  Mesir  dan  Semenanjung Sinai . Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki), Terusan Suez berada di antara Pelabuhan Said di  Laut Mediterranean  dan Suez di  Laut Merah . Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala dan menjadi kepentingan antara  Eropah  dan  Asia  tanpa perlu mengelilingi benua  Afrika . Sebelum pembukaannya dalam tahun  1869 , barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut melalui kenderaan darat di antara dua laut tersebut. Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian iaitu bahagian utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean sehingga ke Teluk Suez di Laut Merah Terusan Suez ternyata adalah sebuah karya agung berdasar idea dan gagasan cemerlang sekaligus m...

Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur

Image
Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak. Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur : 1. Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk ( obesity ). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam. 2. Saya kan nak isteri saya cantik macam bidadari di depan mata saya. Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh! 3. Saya juga taknak isteri saya pelupa. Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa....

TIDAK CANGGUNG BAGI ASMA' BINTI YAZID

Di dalam slot sirah sohabiyyah kali pertama ini, suka saya bicarakan mengenai srikandi penghuni syurga iaitu Asma' Binti Yazid. Kalian pernah dengarkah nama tersebut.?Mari sama-sama kita terlusuri riwayat hidupnya dan sumbangan beliau. ASMA' BINTI YAZID Nama lengkapnya  adalah Asma’ binti Yazid bin Sakan bin Rafi’ bin Imri’il Qais bin Abdul Asyhal bin Haris al-Anshariyyah, al-Ausiyyah al-Asyhaliyah.  Beliau adalah seorang ahli hadis yang mulia, seorang mujahidah yang agung, memiliki kecerdasan, warak , dan digelar  sebagai “juru bicara wanita”. BAIAH SYURGA Di dalam riwayat, Nabi bersabda " tidak akan masuk neraka seorang pun yang berbaiah di bawah pokok!" ( riwayat Muslim). Manakala Allah berfirman yang bermaksud: Sungguh Allah telah reda terhadap orang yang beriman tatkala mereka berbaiah denganmu di bawah pokok." ( surah Al- Fath 48:18) Setakat ini, sudah dua orang Muslimah yang terlibat dalam baitulridwan yang kita kenali ; Ummu Qais d...

IMAM HANIFAH DICAMBUK

Imam Abu Hanifah Diracun Imam Abu Hanifah adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Parsi atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi. Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab: 1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah. 2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah. 3. Menurut b...