KISAH SAIDINA JAAFAR BIN ABI TALIB PEMILIK DUA SAYAP PART 1 DALAM sebuah hadith, Baginda SAW pernah bersabda yang mafhumnya : “Aku melihat Jaafar berada di syurga. Dia memiliki dua pasang sayap yang berlumuran darah. Sayap tersebut berbulu dengan kemilau cahaya”. Baginda telah ditunjukkan dengan kedudukan Jaafar di dalam syurga Allah SWT. Menerusi segmen Hayatus Sahabah yang bersiaran di IKIMfm setiap Isnin jam 5.15 petang, Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany berkongsi mengenai kisah Saidina Jaafar bin Abi Talib. Dalam kalangan Bani Abdul Manaf, terdapat lima orang yang amat mirip dengan Rasulullah SAW. Lima orang tersebut daripada kalangan keluarga Baginda daripada Bani Abdul Manaf. Mereka adalah Abu Sufyan bin Al-Harith, sepupu dan saudara susuan Baginda SAW, Al-Fadhlu bin Al-Abbas bin Abdul Mutallib, juga sepupu Baginda SAW, As-Saaib bin Ubaid bin Abdi Yazid bin Hashim, Al-Hassan bin Ali bin Abi Talib, cucu Baginda SAW dan juga Jaafar bin Abi Talib, saudara kepada Amirul Mukm...
Comments
Post a Comment