Posts

Featured post

KISAH WANITA SOLEHAH MENCABUT MATA DEMI AGAMA

Image
  KISAH WANITA SOLEHAH MENCABUT MATA DEMI AGAMA =============================== Pada saat artikel ini ditulis, viral seorang artis tanah air , Neolofa telah memakai purdah dan menjadi bualan para nitizen. Ramai yang memberikan komen yang positif dan ada juga yang memberikan kecaman negatif. Walau apa-apapun, perkara yang baik haruslah disokong, dan saya teringat pula tentang satu kisah dimana seorang wanita solehah mencabut sepasang MATA cantiknya demi agama. Kisahnya berlaku kepada imam besar, wali Allah Hasan Al-Basri Qaddas Allah sirrahu ketika zaman mudanya, beliau memiliki rupa yang amat tampan. Beliau sangat suka memakai pakaian yang bagus-bagus dan suka berjalan disekitar kota Basrah. Pada suatu hari, sedang berjalan-jalan dia melihat seorang wanita berpurdah. Mata wanita itu sangat cantik dan menarik perhatiannya. Lalu dia mengikuti gadis itu dari belakang. Wanita itu yang baru menyedari diikuti lalu menoleh ke belakang lalu berkata,    ...

Kisah 3 Orang Yang Terperangkap Dalam Gua

Image
  Kisah 3 Orang Yang Terperangkap Dalam Gua Kisah ini terjadi pada zaman Bani Israil, jauh sebelum diutusnya Rasulullah SAW. Baginda mengisahkannya kepada kita berdasarkan wahyu dari Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda (menceritakan): Ketika ada 3 orang sedang berjalan, mereka ditimpa oleh hujan. Lalu mereka pun berlindung ke dalam sebuah gua di sebuah gunung. Tiba² jatuhlah sebuah batu besar dari gunung itu lalu menutupi pintu gua mereka. Lalu sebahagian mereka berkata kepada yang lain:   "Perhatikan amalan soleh yang pernah kamu kerjakan kerana Allah, lalu berdoalah kepada Allah SWT dengan amalan itu. Mudah²an Allah menyingkirkan batu itu dari kalian" . 1.  Lalu berkatalah  salah  seorang dari mereka:   "Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai ibu bapa yang sudah tua, seorang isteri, dan anak² yang masih kecil, di mana aku menggembala ternakan untuk mereka. Bila aku membawa ternakan itu pulang ke kandangnya, aku perahkan susu, kemu...

KHALIFAH HARUN AR RASYID MENANGIS KETIKA MENDENGAR NASIHAT ORANG GILA

Image
ORANG GILA (BAHLUL)  Dikisahkan, sesungguhnya BAHLUL seorang yang dikenal sebagai orang gila di zaman Raja Harun Al-Rasyid (Dinasti Abbasiyah). Pada suatu hari Harun Al-Rasyid lewat di pekuburan, dilihatnya Bahlul sedang duduk disana. Berkata Harun Al-Rasyid kepadanya : “Wahai Bahlul, kapankah kamu akan berakal/sembuh dari gila.. ?” Mendengar itu Bahlul beranjak dari tempatnya dan naik keatas pohon, lalu dia memanggil Harun Al-Rasyid dengan sekuat suaranya dari atas pohon, ” Wahai Harun yang gila, kapankah engkau akan sadar….? “, Maka Harun Al-Rasyid menghampiri pohon dengan menunggangi kudanya dan berkata : “Siapa yang gila, aku atau engkau yg selalu duduk dikuburan…?” Bahlul berkata : “Aku berakal dan engkau yang gila”, Harun : “Bagaimana itu bisa…?”, Bahlul : “Karena aku tau bahwa istanamu akan hancur dan kuburan ini akan tetap ada, maka aku memakmurkan kubur sebelum istana, dan engkau memakmurkan istanamu dan menghancurkan kuburmu, sampai- sampai engkau takut untuk dipindahkan ...

SHEIKH JUNAID AL-BAGHDADI BELAJAR DENGAN ORANG GILA (BAHLUL)

Image
Kisah Wali Allah Berguru Kepada Orang Gila Syeikh Junaid Al Baghdadi adalah seorang Sufi terkemuka. Pada suatu waktu beliau keluar kota Baghdad bersama dengan beberapa muridnya, Syeikh Junaid Al Baghdadi bertanya tentang Bahlul. Muridnya menjawab “Ia adalah orang gila, mereka bertanya kepada syeikh Junaid "apa yang guru perlukan darinya?”. “Cari dia, aku ada perlu dengannya.” Kata syeikh Junaid. Murid-muridnya lalu mencari Bahlul dan bertemu dengannya di gurun, mereka lalu mengantar Syeikh Junaid kepadanya. Ketika Syekh Junaid mendekati bahlul, Beliau melihat Bahlul sedang gelisah sambil menyandarkan kepalanya ke tembok. Syeikh Junaid kemudian menyapanya, Bahlul menjawab dan bertanya kepadanya, “Siapakah engkau?”. “Aku adalah Junaid Al Baghdadi” kata Syeikh Junaid. “Apakah engkau Abul Qasim?” Tanya Bahlul. “Iya” Jawab Syeikh Junaid. “Apakah engkau Syeikh Baghdadi yang memberikan petunjuk rohani kepada orang-orang?” Tanya Bahlul lagi. “Iya” jawab Syeikh Junaid. “Apakah engkau tahu ...

KISAH SAIDINA JAAFAR TERBANG DI SYURGA

Image
KISAH SAIDINA JAAFAR BIN ABI TALIB PEMILIK DUA SAYAP PART 1 DALAM sebuah hadith, Baginda SAW pernah bersabda yang mafhumnya : “Aku melihat Jaafar berada di syurga. Dia memiliki dua pasang sayap yang berlumuran darah. Sayap tersebut berbulu dengan kemilau cahaya”. Baginda telah ditunjukkan dengan kedudukan Jaafar di dalam syurga Allah SWT. Menerusi segmen Hayatus Sahabah yang bersiaran di IKIMfm setiap Isnin jam 5.15 petang, Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany berkongsi mengenai kisah Saidina Jaafar bin Abi Talib. Dalam kalangan Bani Abdul Manaf, terdapat lima orang yang amat mirip dengan Rasulullah SAW. Lima orang tersebut daripada kalangan keluarga Baginda daripada Bani Abdul Manaf. Mereka adalah Abu Sufyan bin Al-Harith, sepupu dan saudara susuan Baginda SAW, Al-Fadhlu bin Al-Abbas bin Abdul Mutallib, juga sepupu Baginda SAW, As-Saaib bin Ubaid bin Abdi Yazid bin Hashim, Al-Hassan bin Ali bin Abi Talib, cucu Baginda SAW dan juga Jaafar bin Abi Talib, saudara kepada Amirul Mukm...